BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

18 Mei 2011

KONSEP PENGAYAAN


Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.

OBJEKTIF PENGAYAAN

1. Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman.
2. Menjalani kegiatan-kegiatan pembelajaran yang lebih mencabar.

3. Menimbulkan minat untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap berdikari.

4. Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan kegiatan serta boleh menilai hasil kerja sendiri.

5. Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan.

6. Menggunakan masa lapang secara yang berfaedah mengikut keperluan minat dan bakat.
7. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

MURID PENGAYAAN

1. Mereka yang berkeupayaan dalam kemahiran 3M serta berkemampuan dalam daya pemikiraan abstrak. Mempunyai kemampuan menganalisis sesuatu untuk membezakan antar yang penting dengan yang kurang penting seperi dalam kefahaman dan dapat menganalisis teks.
2. Mempunyai kelebihan koordinasi pancaindera dengan pemikiran, pengamatan, pendengaran dan pertuturan.
3. Berupaya menerima konsep-konsep baru, boleh mengingat kembali, cerdas serta berpengalaman tentang alam keliling.
4. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan boleh bertindak balas dengan bebas serta kreatif.
5. Berkebolehan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad. Darjah kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya yang lain.

PRINSIP PROGRAM PENGAYAAN

1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.
2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
3. Menggunakan daya usaha sendiri
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah
6. Melibatkan pembacaan luas


Strategi pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.

1. Kumpulan Mengikut Kebolehan
Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza

2. Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.
Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan.
Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

3. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan
Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya

Pengelolaan Aktiviti Pengayaan


Aktiviti pengayaan boleh dijalankan berdasarkan;

1. Pilihan Murid
a. Aktiviti pengayaan dijalankan secara tidak formal, iaitu guru hanyalah sebagai pendorong dan penggalak kepada murid-murid untuk memilih dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan

b. Bagi murid cerdas dan sederhana, bimbingan khusus daripada guru kurang diperlukan kerana kebanyakan aktiviti pengayaan yang diberi adalah berbentuk belajar sendiri. Justeru, untuk memudahkan pengelolaan bilik darjah, guru bolehlah memberi bimbingan kepada murid yang lambat.

c. Memandangkan murid-murid lebih senang berinteraksi dan belajar dengan rakan-rakan sebaya, guru bolehlah pada masa tertentu mendapatkan bantuan daripada murid-murid yang cerdas bagi membantu murid-murid yang lambat menjalankan aktiviti mereka sama ada secara individu atau berkumpulan. Cara ini bukan saja berfaedah kepada murid-murid yang lambat tetapi juga berfaedah kepada murid-murid cerdas kerana secara tidak langsung pengetahuan dan pengalaman mereka bertambah. Di samping itu bakat kepimpinannya dapat dikembangkan di samping memupuk semangat kerjasama di kalangan murid.

d. Setelah murid-murid selesai menjalani sesuatu aktiviti yang diberikan, hasil kerja mereka hendaklah diberi penghargaan, misalnya dengan cara mempamerkan hasil kerja mereka atau mengadakan perbincangan kelas.


2. Pilihan Guru


Biasanya aktiviti-aktiviti ini dijalankan secara formal untuk semua murid mengikut peringkat keupayaan mereka. Pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dalam buku teks atau buku panduan khas yang ditetapkan. Ia hendaklah dijalankan selepas murid-murid diberi aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk membantu murid-murid mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.


Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran

AKTIVITI-AKTIVITI PENGAYAAN

1. Bacaan Tambahan


• Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema
• Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
• Majalah pelajar
• Surat khabat / keratan
• Risalah-risalah


2. Kerja-kerja Projek


• Lawatan

• Melapor Peristiwa
• Menulis Cerita
• Membuat Zoo Mini Sekolah
• Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar – Buku Skrap
• Mengadakan pameran bilik darjah
• Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]

3. Permainan dan Rekreasi


• Teka Silang Kata
• Teka Benda
• Teka Teki
• Mencari Jalan Keluar
• Menyambung Titik
• Mencari tajuk kepada sesuatu gambar / cerita
• Mencari benda tersembunyi
• Meneka bunyi
• Dam
• Catur
• Sahiba
• Bingo
• Ular dan Tangga
• Jigsaw Puzzle
• Bermain bentuk geometri

• Rubic Cube

KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. dan

Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘ menjadikan pulih ‘.

Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Definisi Pendidikan Pemulihan

Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan.

Secara lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai definisi, antaranya ialah :

i) Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371

‘ satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.’

ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191

‘ Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa’ .

iii) Pringle (1966)

‘ pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.

iv) Albertwhite (1977)

‘ pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguan-gangguan emosi ’.

v) Tansley (1967)

‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

vi) Collins (1961)

‘ pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.

vii) Evans (1995)

‘ pengajaran pemulihan dianggap sebagai “ the ambulance of educational system “. Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek –aspek kelemahan murid.

viii) Blair (1956)

‘ pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat’.

ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.

‘ pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini’.

x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)

‘ dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan’.

xi) Koh (1979)

‘ pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian murid-murid normal ‘.

xii) Chua (1977)

‘ pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Kesimpulan Definisi

Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan rakan mereka yang lain.


2.2 Tujuan Pengajaran Pemulihan

Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:

a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi kesusahan pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa menghiraukan label-label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.

Menurut Blair (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk fungsi-fungsi berikut:

a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan pembelajaran berkesan atau dengan kata lain memulihkan kesalahan atau kelemahan.

b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap baik yang belum dipelajari, tetapi seharusnya sudah dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh murid untuk meningkatkan kecekapan murid.

Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis tabiat tidak baik yang sedia ada dan kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum ada pada murid itu.

Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan ini.Bagi keperluan guru, untuk mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus digunakan ialah yang berasaskan psikologi, di samping terdapatnya berbagai-bagai cara bekerja, teknik dan alat pelaksanaannya.

Tujuan-tujuan pendidikan pemulihan adalah:

a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.

b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.

c) Mengeluarkan bahan-bahan kurikulum dan kaedah-kaedah pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanak-kanak.

d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu kecacatan.

e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru biasa.

f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanak-kanak.

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah rendah, terutamanya dalam masalah bahasa.

Pandangan ahli falsafah mengenai pendidikan dan perkembangan muzik

Terdapat pelbagai pandangan ahli falsafah mengenai pendidikan dan perkembangan muzik, lebih-lebih lagi oleh ahli-ahli falsafah Barat. Dalam tamadun Yunani juga mengaplikasikan muzik dalam pendidikan untuk menghasilkan individu byang berakhlak mulia. Tambah mereka, matlamat tersebut dapat dicapai melalui perkembangan jasmani, rohani, dan pemikiran para pelajar dalam latihan-latihan muzik, gimnastik dan pidato ( retorik ).

Menurut Plato pula, sahsiah seseorang individu dipengaruhi oleh seni halus seperti muzik kerana melalui muzik, individu tersebut akan berakhlak baik dan harmoni dari segi rohani dan jasmani yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka, kandungan mata pelajaran muzik baginya harus ditapis dengan rapi.

Bagi falsafah Yunani yang menyatakan muzik dapat menghasilkan moral yang baik dalam diri manusia yang dinamakan doktrin etos yang berkait rapat dengan dewa mereka Apollo, menyamai dengan pendapat Pythagoras yang menghujahkan prinsip fizik dan matematik termasuk alam cakerawala yang dapat berfungsi dengan harmoni seperti prinsip-prinsip kewujudan muzik.

Bagi Aristotle pula, muzik mempengaruhi niat manusia seperti yang dapat dijelaskan dalam bukunya, Politics. Hal ini kerana melalui pendengaran kepada muzik, sifat manusia dapat digambarkan seperti marah, sedih, gembira dan kecewa. Kesimpulannya, peribadi seseorang mampu diperbaiki atau dicemari bergantung kepada muzik yang didengar oleh seseorang individu.

Namun, ahli falsafah berbangsa Swiss, Johann Heinrich ( 1746 – 1827 ) merupakan ahli falsafah yang banyak mempengaruhi rasional dan prinsip asas dalam pendidikan muzik. Beliau berpendapat bahawa pendidikan yang baik sekali merupakan pendidikan yang diperolehi melalui pancaindera manusia di mana para pelajar harus dididik mengikut perkembangan semula jadi mereka. Tambah beliau, pembelajaran semestinya berlaku melalui penyertaan langsung dan mengesyorkan akan penambahan pendidikan muzik dalam kurikulum sekolah.

Pendapat Pestalozzi telah disokong oleh seorang lagi ahli falsafah Switzerland, Joseph H. Naef yang telah menggariskan beberapa prinsip Pestalozzi yang bertajuk ‘Principles of the Pestalozzian System of Music’, iaitu pengajaran kaedah hafalan sebelum beralih kepada kaedah catatan di mana pelajar-pelajar akan belajar menyanyi sebelum mempelajari notasi muzik. Prinsip kedua ialah kaedah penemuan sendiri di mana para pelajar akan memerhati, mendengar, meniru dan membezakan bunyian yang didengar mereka. Prinsip ketiganya pula ialah kaedah pembelajaran mengikut urutan di mana pelajar akan diajar satu aspek muzik sahaja iaitu irama, melodi dan sebagainya pada satu ketika. Prinsip keempat pula menjelaskan kaedah pembelajaran heuristik di mana teori-teori muzik hanya akan diberi selepas amalan praktikal dijalankan. Kaedah pendekatan berkonsep dalam prinsip kelima pula menerangkan bahawa pelajar akan diberi peluang mengkaji muzik dan menjalankan latihan-latihan dengan elemen muzik dengan usaha sendiri. Prinsip terakhir pula menyatakan bahawa nama-nama not dalam nyanyian dan muzik instrumental mesti diselaraskan di mana kaedah nyanyian solfa tidak digalakkan.

Lowell Mason, bapa pendidikan muzik juga banyak dipengaruhi idea-idea Pestalozzi. Beliau telah berpendapat bahawa semua pelajar boleh menyanyi dan berhak mempelajari muzik. Beliau turut percaya bahawa muzik boleh dipelajari dan dihayati semua golongan manusia melalui pendidikan dan latihan yang setimpal. Tambah beliau, muzik mampu membawa banyak kebaikan kepada individu di mana individu mampu menyedari keesaan Tuhan dengan lebih mudah, dapat merasai dan mendapat ketenangan jiwa di tahap yang tinggi dan menjadi warganegara yang gembira dan harmoni.

08 Mei 2011

Hubungan Etnik - Perlembagaan Persekutuan Perkara 3, 32, 152, dan 153.

Perlembagaan Persekutuan Perkara 3, 32, 152, dan 153.

3.1 Perkara 3

Dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan perkara 3 ialah agama bagi Persekutuan. Terdapat beberapa pecahan dalam perkara 3 iaitu perkara 3(1) Agama Islam merupakan agama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan ama dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dalam perkara 3(2) pula menceritakan setiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak memiliki Raja, kedudukan raja sebagai Ketua agama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Persekutuan Negeri itu dan juga tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja supaya meliputi seluruh Persekutuan. Maka setiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

Pada perkara 3(3) tercatat pula perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntutkan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai ketua agama Islam dalam negeri itu. Seterusnya pada perkara 3(4) pula tertulis tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.

Pecahan terakhir dalam Perkara 3 ialah Perkara 3(5) yang menyatakan walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi ketua agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan putrajaya. Ini bermakna Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal agama islam bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan agama Islam.

3.2 Perkara 32

Pada perkara 32 menceritakan pada pemerintahan Beraja iaitu Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya. Seperti dalam perkara 32 yang dibahagikan kepada beberapa bahagaian dan perkara yang sama turut berlaku pada Perkara 32 ini. Dalam pecahan pertama iaitu Perkara 32(1) menceritakan bahawa perlu ada Kepala Utam Negara bagi Persekutuan yang diberi gelaran Yang di-Pertuan Agong yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan dakwa dalam apa-apa jau perbicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam mahkamah khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

Pada pecahan yang berikutnya iaitu Perkara 32(2) menyatakan Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang bergelar Raja Permaisuri Agong ) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan Selepas Yang di-Pertuan Agong. Perkara 32(3) pula menceritakan berkaitan dengan cara pemilihan Yang di-Pertuan Agong. Dalam perkara 32(3) menyatakan bahawa pemilihan Yang di-pertuan Agong dibuat oleh Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan itu selama lima tahun tetapi boleh meletakan jawatanya pada bila-bila masa dengan mengutuskan surat yang ditandatangani olehnya kepada Majlis Raja-raja. Jika Yang di-Pertuan Agong dipecat oleh Majlis Raja-raja maka beliau akan terhenti daripada memgang jawatan apabila terhenti daripada menjadi Seorang Raja.

Perkara 32(4) pula menyatakan Peruntukan-peruntukan Bahagian 1 dan Bahagian 3 dalam Jadual Ketiga hendaklah dipakai bagi memilih dan memecat Yang di-Pertuan Agong.

3.3 Perkara 152

Perkara 152 adalah berkaitan dengan bahasa kebangsaan. Bahasa kebangsaan telah diputuskan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan seperti yang diperuntukan dalam undang-undang oleh parlimen.

Dengan syarat bahawa :

(a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (bagi apa-apa maksud, lain daripada maksud rumi),atau daripada mengajarkan atau belajar apa-apa bahasa lain.

(b) Tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menyentuh hak kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana kerajaan negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

Dalam perkara 152(2) pula menyebut walau apapun peruntukan fasal (1),selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka,dan selepas daripada itu sehinggalah selainya diperuntukan oleh parlimen, Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam kedua-dua majlis parlimen dalam Dewan Negeri tiap-tiap negeri dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

PeRkara 152(3) pula menyatakan walau apapun peruntukan fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka selepas daripada itu sehinggalah selainya diperuntukan oleh parlimen naskah yang sahih :

(a) Bagi segala rang undang-undang yang hendak dikemukakan atau pindahan-pindahan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana majlis parlimen,dan

(b) Bagi segala akta parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan

hendaklah dalam bahasa inggeris.

Perkara 152(4) walau apapun peruntukan fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainya diperuntukan oleh parlimen,segala perbicaraan dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika makamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju,keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemah atau direkod dalam Bahasa Inggeris.

PeRkara 152(5) walau apapun peruntukan fasal (1) sehingga selainya diperuntukan oleh parlimen, segala perbicaraan dalam Makamah Rendah, lain daripada mengambil keterangan hendaklah dijalankan dalam Bahasa Inggeris

PeRkara 152(6) dalam pekara ini, “maksud rasmi” ertinya apa-apa jua maksud kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Dipetik dari buku Perlembagaan Persekutuan ,( 2010 )Kuala Lumpur: International Law Book Services.

3.4 Perkara 153

Pada Perkara 153 menceritakan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputra sabah dan Sarawak. PeRkara 153(1) menyatakan adalah menjadi tanggungjawab yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan peribumi mana-mana negeri-negeri Sabah dan Serawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut perundangan pekara ini.

Dalam Perkara 153(2) walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan pekara 40 dan peruntukan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini dan dibawah undang-undang Persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam (lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai biasiswa, bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau perniagaan dan perezapan perin dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan pekara ini.

Perkara 153(3) memperuntukan mengikut fasal (2),perezepan bagi orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri-negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan mengenai bisiswa,bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am sebagai mana yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana suruhanjaya yang dimaksudkan oleh bahagian 10 atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggung jawab atas pelajaran atau latihan atau kemudahan khas itu. Dan suruhanjaya atau latihan atau kemudahan khas itu hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.

Perkara 153(4) pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini dan di bawah undang-undang Persekutuan mengikut fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh seseorang atau melucutkan biasiswa, bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas yang dinikmati oleh orang itu.

Perkara 153(5) pekara ini tidaklah mengurangkan kuasa peruntukan pekara 136

Perkara 153(6) pula menyatakan jika sesuatu permit atau lesen untuk menjalankan apa-apa tred atau perniagaan adalah dikehendaki oleh undang-undang Persekutuan yang ada maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan tugas-tugasnya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara atau memberi apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang itu atas pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki bagi menentukan perezapan apa-apa kadar mengenai permit atau lesen itu untuk orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.

Perkara 153(7) tiada apa-apa jua dalam perkara ini boleh berkuatkuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang teraku kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu ataupun untuk memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk memperbaharui sesuatu permit atau lesen atau memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris pengganti atau sesuatu penerima serahak seseorang itu pembaharuan atau pemberian itu dijangka mUnasabah pada ghalibnya.

Perkara 153(8) walau apapun yang terkandung dalam pelembagaan ini,jika untuk menjalankan sesuatu tred atau perniagaan sesuatu permit atau lesen adalah dikehendaki oleh undang-undang Persekutuan maka peruntukan boleh dibuat oleh undang-undang itu bagi merezapkan suatu kadar mengenai permit atau lesen itu untuk orang melayu dan bumiputera mana-mana negeri,sabah dan sarawak,tetapi tiada suatu undang-undang itu boleh,bagi maksud menentukan perezaban itu :

(a) Melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen seseorang yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu.

(b) Memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk memperbaharui sesuatu permit atau lesen itu atau memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serahak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan-peruntukan yang lain dalam undang-undang itu,dijangka munasabah pada ghalibnya, ataupun menahan seseorang daripada memindah milik bersama dengan perniagaanya sesuatu lesen yang boleh dipindah milik bagi menjalankan perniagaan itu.

(c) Jika dahulunya tiada dikehendaki apa-apa permit atau lesen bagi menjalankan tred atau perniagaan itu, membari kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen kepada seseorang bagi menjalankan sesuatu tred atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bone fide sebelum sahaja mula berkuat kuasa undang-undang itu, ataupun memberi kuasa supaya ditolak kemudianya permintaan daripada mana-mana orang itu untuk memperbaharui sesuatu permit atau lesen atau membari kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atai lesen itu kepada waris, pengganti atau penerima serahak mana-mana orang itu jika mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu pembaharuan atau pemberian itu dijangka munasabah pada ghalibnya.

Perkara 153(8A) walau apa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini,jika dalam sesuatu universiti, maktab atau yayasan pelajaran lain yang memberi pelajaran selepas daripada sijil pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat-tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas pengelolaan universiti, maktab atau yayasan pelajaran itu kepada calon-calon untuk sesuatu kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang berkelayakan bagi tempat-tempat itu maka sahlah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut perkara ini, memberi apa-apa arahan sebagaimana yang di kehendaki kepada pihak berkuasa bagi menentukan perbezaan sesuatu kadar daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak mengikut sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.

Perkara 153(9) tiada apa-apa jua dalam pekara ini boleh memberi kuasa kepada parlimen menyekat perniagaan atau tred semata-mata bagi maksud perezepan untuk orang Melayu dan Bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak.

Perkara 153(9A) dalam perkara ini perbahasan ‘Bumiputera’ mengenai sesuatu Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam perkara 161A.

Perkara 153(10) perlembagaan bagi negeri yang Beraja boleh membuat peruntukan-peruntukan yang bersamaan (dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu) dengan peruntukan-peruntukan perkara ini.

2.0 Laporan isu Perlembagaan Persekutuan

4.1 Laporan isu Perlembagaan Persekutuan Perkara 3

Penubuhan Jawatankuasa Khas antara agama telah diluluskan oleh kabinet pada febuari tahun 2010. Jawatankuasa berkenaan berada dibawah naungan Datuk Ilani Ishak yang merupakan bekas ahli Parlimen Kota Bharu, Kelantan pada dasarnya hanyalah bertujuan untuk sekadar berdiskusi mengenai hal-hal semasa dan masalah-masalah yang timbul dan cuba untuk mneyelsaikan masalah yang timbul dalam agama masing-masing tanpa mengugat kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Akan tetapi masalah mulai timbul apabila beberapa NGO mula menunjukan belang mereka. Badan bukan kerajaan yang menganggotai jawatankuasa paling jelas cuba mengugat kedudukan agama Islam ialah Sikh dan Toa ataupun tutut dikenali sebagai Mccbchst. Mereka menuntut agar keistimewaan yang sama seperti yang dinikmati oleh agama Islam. Mereka mahukan kerajaan menghulurkan peruntukan kepada pembinaan rumah ibadah mereka. Antara perkara lain yang turut berada dalam tuntutan mereka ialah mahukan agama mereka disebarkan kepada orang agama Islam atas alas an hak asasi manusia dan juga menuntut kelonggaran untuk membina tokong-tokong. Pada waktu ini, pembinaan tokong pada kawasan majoriti Kaum Melayu adalah amat rumit walaupun pada tanah milikan persendirian. Walaupun dengan peraturan yang amat ketat namun pembinaan tokong-tokong haram masih terlalu banyak dan semakin bertambah-tambah kian hari bak cendawan tumbuh selepas hujan.

Ini akan menghadirkan beberapa implikasi terhadap umat islam di negara ini jika tuntutan mereka ini diluluskan. Mereka mula meminta tuntutan yang tidak sepatutnya keranan kita mula membuka jalan untuk mereka meluahkan hasrat yang terbuku dihati mereka dengan menubuhkan jawatankuasa tersebut. Melalui jawatankuasa tersebut, mereka mula berani untuk berkata-kata dan meluahkan segala ketidak puasan hati mereka pada hak yang dimiliki agama Islam di negara ini. Seandainya perkara ini diluluskan, sudah semestinya Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam agama rasmi hanya tinggal sekadar perkara yang hanya tercatit dalam buku perlembagaan namun tidak membawa apa-apa makna. Adakah sebuah negara Islam perlu memiliki lebih banyak rumah-rumah ibadah dan tokong-tokong yang melebihi bilangan masjid. Tambahan pula, jika mengikut hukum islam hanya orang yang memahami sifat dan mendalami sifat 20 yang boleh berbincang mengenai Allah dan Islam.

Penubuhan jawatankuasa ini akan terlalu banyak memberikan ruang kepada agama lain untuk bersuara yang kadang kala akan akan mencabar kedudukan agama Islam selaku agama rasmi negara ini. Sememangnya matlamat penubuhan jawatankuasa ini tidak bermatlamatkan seperti yang diperkatakan diatas, namun sesetengah pihak akan mula mengorak langkah apabila berjaya bertapak dalam sesuatu badan NGO.

Usul seperti ini perlulah di bendung agar tidak ada pihak yang mencuba untuk mencemari Perlembagaan Persekutuan yang telah dimenterai selama ini. Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak berwajib ialah tidak menubuhkan jawatankuasa seumpama ini kerana ianya akan memberi ruang pada pihak lain untuk mengambil kesempatan. Tanpa ruang kebebasan seperti ini, mereka tidak akan mampu untuk melebih-lebih dalam permintaan mereka di masa akan datang.

Kes Lina Joy adalah kes yang sudah lama didiamkan, tetapi ianya telah diheboh-hebohkan di peringkat antarabangsa secara bersungguh-sungguh, dan ia adalah satu daripada ratusan ribu kes yang menanti untuk diketengahkan. Kes Lina Joy adalah kes yang mengambil kesempatan dalam kekalutan semasa umat Islam di dunia, dan di Malaysia khususnya yang amat lemah dan tidak ada keupayaan untuk digembleng bagi mempertahankan Islam di mana-mana sahaja, hatta mempertahan aqidah seorang muslim yang lain. Kes ini pada dasarnya adalah rentetan daripada tuntutan kumpulan “Artikel 11” yang pernah berkumpul di Petaling Jaya & Melaka, dan pernah cuba berkumpul di Pulau Pinang pada 14.Mei.2006 yang menuntut kepada pemerintah untuk membenarkan sepenuhnya kebebasan murtad di bawah Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, setelah kekalahan untuk kes Mohamed Abdullah @ Moorthy, S. Sharmala dan Nyonya Tahir. Amat mendukacitakan sekali apabila kumpulan Artikel 11 yang juga dikenali Inter-Faith Council (IFC) disertai oleh beberapa individu Melayu & Islam termasuklah Sister-in-Islam, yang digerakkan oleh pemimpin-pemimpin & sekutu pemimpin-pemimpin negara yang beragama Islam.

Kes Lina Joy adalah percubaan yang akan memberikan kesan yang amat besar, dan diistilahkan sebagai “beyond our imgination” yang mana ia secara langsung mencabar undang-undang Syariah oleh Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(A) Perlembagaan Persekutuan, sama ada ianya akan dipinda atau dihapuskan sepenuhnya, dan seterusnya mancabar hukum yang Allah SWT telah tetapkan di dalam Al Quran & As Sunnah. Berikutan kes Lina Joy, maka terlalu banyak kes-kes permohonan Murtad dan sebagainya yang telah lama menunggu & sedang menunggu, dan kejayaan dari kes ini akan membenarkan permohonan lebih 250,000 untuk keluar Islam akan dibenarkan oleh perlembagaan. Kes ini menjadi perhatian penuh organisasi & individu bukan Islam seluruh dunia, dan seluruh negara-negara besar di dunia menghantar wakil untuk memberikan tekanan yang besar ke atas hakim & sistem perundangan negara yang amat lemah untuk membela aqidah seorang rakyat Islam.

Di Malaysia pula, 11 NGO dan organisasi menghantar wakil ke Mahkamah Persekutuan untuk memberi tekanan kepada hakim yang terlibat setelah mereka dibenarkan bersuara untuk membela Lina Joy. Di antaranya ialah Malaysian Bar Council, All Women’s Action Society (AWAM), Sisters in Islam (SIS), Catholic Lawyers Society, dan sebagainya. Wakil dari pertubuhan antarabangsa khususnya juga bercakap menyatakan pendirian mereka bahawa agama adalah pilihan 100% pada diri individu tanpa paksaan. Mereka membentangkan kertas kerja yang begitu panjang lebar kepada hakim-hakim yang terlibat untuk meletakkan mereka pada tahap kekeliruan yang amat tinggi. Dalang utama pihak yang membela Lina Joy adalah wakil Bar Council yang beragama Islam iaitu Malik Imtiyaz Sarwar yang memberi hujah yang menyokong tindakan Lina Joy tersebut tanpa mendapat restu dari ahli Bar Council. Malik sendiri berpendirian agar seorang Muslim dibenarkan untuk menukar agama mereka kepada apa jua pilihan mereka. Suatu yang amat menyedihkan kerana tidak ada wakil daripada pertubuhan Islam yang begitu banyak di Malaysia, kecuali ABIM dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia sahaja yang bercakap mempertahankan hujah.

Sekarang ini sudah banyak kes murtad yang wujud di kalangan masyarakat kita. Pendirian yang kukuh dan iman yang kuat mampu mengurangkan kes-kes seperti ini bagi meletakkan agama Islam sebagai agama yang benar.

Keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 lepas yang membenarkan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald –The Catholic Weekly merupakan suatu tamparan yang hebat kepada usaha memartabatkan agama Islam sebagai “ Agama Negara”. Masyarakat Islam arus perdana melihat penghakiman ini sebagai suatu perkara yang akan menimbulkan kekeliruan dan kegusaran di kalangan umat Islam. Penghakiman ini juga dilihat menghakis keistimewaan agama Islam sebagai agama Persekutuan.

Sebenarnya pendirian umat Islam bukanlah hendak memadam kalimah Allah di dalam kitab-kitab suci agama lain tetapi hanyalah berkisar di sebalik undang-undang yang berkuatkuasa di dalam negara dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini jelas kerana agama Sikh umpamanya yang menggunakan kalimah Allah di dalam bahasa asal kitab suci mereka tidak pernah dihalang daripada membaca ataupun mengamalkan ajaran di dalam kitab asal mereka. Malah pendirian yang diambil oleh umat Islam bukanlah “peperangan antara kitab suci” tetapi lebih kepada memberi makna dan tafsiran yang jelas kepada peruntukan yang ada di dalam Perlembagaan Persekutuan yang disanjung oleh segenap warganegara Malaysia. Permasalahan yang timbul ialah penerbitan Herald- The Catholic Weekly ini boleh digapai oleh orang ramai termasuklah orang Islam. Ia sudah tentu diedarkan dan tiada jaminan ia tidak akan sampai kepada orang Islam.

Walaupun usaha beberapa Majlis Islam negeri-negeri seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu, Johor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Kedah serta Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) gagal mencelah di dalam kes ini, namun usaha ini haruslah diberi penghargaan yang tinggi kerana khususnya Majlis Agama telah menjalankan tanggungjawab statutori mereka di dalam mempertahankan agama Islam dan MACMA yang merupakan NGO tunggal berbuat demikian. Namun persoalan lain pula, di manakah Majlis-Majlis Agama Islam negeri lain? Adakah mereka juga bersekongkol dan bersetuju kalimah Allah ini boleh digunakan oleh pihak Gereja di dalam penerbitan mereka? Majlis-Majlis Agama mempunyai tanggungjawab statutori menasihati Sultan di dalam hal ehwal agama malah menjaga agama juga diletakkan di bawah tanggungjawab Majlis Agama.

Hanya Islam sahaja satu-satunya agama yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan. Tiada agama lain disebut secara spesifik di dalam Perlembagaan Persekutuan melainkan hanya disebut sebagai boleh diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni dalam negara sahaja. Ini adalah jaminan Perlembagaan bahawa pengamalan agama lain oleh orang bukan Islam dibenarkan tertakluk kepada Perkara 11(4) iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Umat Islam adalah umat majoriti di negara kita. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Makna ‘boleh diamalkan dengan aman dan damai’ ialah agama lain selain agama Islam boleh diamalkan di mana-mana bahagian Persekutuan selagi ia tidak menghakis kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan iaitu Islam. Inilah kedudukan istimewa Islam.

Kedudukan istimewa Islam ini bolehlah di fahami kerana terdapat peruntukan-peruntukan yang lain yang memberi kelebihan kepada Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, antaranya ialah Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam, Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Kerajaan Persekutuan diberikuasa untuk mengurus dan menghulur bantuan kepada institusi Islam seperti masjid, sekolah agama dan juga bagi tujuan pembagunan syiar Islam, Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan Kerajaan Negeri berkuasa membuat undang-undang bagi mentadbir urusan agama Islam dan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang telah memberi pengiktirafan kepada Mahkamah Syariah untuk mendengar kes-kes dan persoalan mengenai agama Islam dan Mahkamah Sivil tidak boleh campurtangan, membatalkan ataupun tidak menghiraukan keputusan Mahkamah Syariah.

Penghakiman Hakim Datuk Lau Bee Lan itu memberi kesan yang amat ketara terhadap orang Islam. Ini bermakna orang bukan Islam bebas menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan mereka tersebut selagi ianya adalah di edarkan di kalangan orang bukan Islam. Persoalan yang timbul pula apakah jaminan ianya tidak akan diedarkan kepada orang Islam? Penerbitan tersebut tidak hanya diedarkan di gereja sahaja. Kenapakah pihak gereja begitu beria-ia mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tidakkah dengan menggunakan kalimah Allah ini ia akan menggugat kedamaian dan keamanan agama bagi Persekutuan?

Malah kewujudan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) juga tidak mempunyai signifikan secara realitinya. Enakmen yang telah wujud di beberapa negeri sejak berpuluh tahun masih tidak dilaksanakan. Malah ada negeri yang telah meluluskan enakmen ni masih tidak mewartakan dan memberi tarikh pelaksanaannya. Empat buah negeri pula iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang yang sama walaupun mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri semasa menjadi Perdana Menteri telah berjanji dan mengarahkan negeri-negeri ini menggubal undang-undang tersebut. Sememangnya kepentingan agama Islam seringkali dipinggirkan semasa membuat sebarang tindakan oleh pelbagai pihak.

Majlis Raja –Raja Melayu sebagai ketua agama negeri-negeri juga perlu membuat ketetapan yang tegas berkaitan dengan perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada setiap masa. Tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang pihak Gereja menggunakan kalimah Allah adalah kerana KDN sebagai salah sebuah organ kerajaan perlu mempertahankan ikrar Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki tahkta iaitu mempertahankan Islam pada setiap masa. Oleh itu segala tindakan yang dibuat oleh pihak kerajaan perlulah sejajar dengan ikrar mempertahankan Islam ini. Secara mudahnya, setiap urusan kerajaan adalah disifatkan sebagai Urusan Seri Paduka Baginda (sebagaimana tertera di dalam sampul surat jabatan kerajaan). Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal, urusan tersebut mencabul ikrar yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda itu.

Kementerian Dalam Negeri perlu segera merayu keputusan kes ini kerana ia melibatkan kedudukan agama Islam di Malaysia apatah lagi keputusan mahkamah tertinggi di dalam negara perlu bagi menyelesaikan kedudukan ini secara muktamad.

4.2 Laporan Isu Perlembagaan Persekutuan Perkara 32

Beralih pula pada laporan mengenai isu “facebook” sultan yang setan. Pada awal Ogos 2010 yang lalu, negara telah dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang telah menghina institusi diraja. Lelaki berkenaan telah ditahan kerana tindakanya menyiarkan komen yang memiliki unsur menghina institusi diraja. Individu ini merupakan pemilik akaun “facebook” Sultan Yang Setan yang dipercayai mewujudkan akaun tersebut selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari lalu. Suspek telah diberkas di ibu negara pada 29 November lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, lelaki berumur 40 tahun itu berasal dari ibu negara dan bergerak sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja. Motif individu ini mewujudkan akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisem sendiri. Dalam akaun miliknya telah dapat dilihat secara terang suspek mempertikaikan kuasa dan memperlekehkan jawatan sultan sebagai ketua negeri yang termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. Pemilik akaun ‘sultan yang setan’ ini akan mengutuk institusi diraja dengan mengunakan akuan “facebook” miliknyanya dan menyembunyikan identitinya dengan mengambil identiti akaun orang lain. Antara komen yang menghina institusi diraja adalah mengatakan sultan merompak hasil rakyat.

Jika isu seperti ini tidak dibendung daripada peringkat awal lagi, ianya akan menimbulkan implikasi yang tidak diingini oleh banyak pihak. Merujuk pada isu diatas, ianya mendatangkan beberapa kesan negatif pada masyarakat dan negara. Implikasi yang mungkin terjadi akibat daripada situasi ini ialah menjatuhkan maruah dan martabat institusi diraja dimata rakyat dan negara jiran. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana selaku ketua pemerintahan negara ini, maruah dan martabatnya haruslah dipelihara agar tidak menjadi ejekan oleh pihak lain dan dipandang rendah negara-negara lain.

Hal ini juga berunsurkan hasutan dan boleh mempengaruhi rakyat jelata yang selama ini setia di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong. Sudah semestinya perkara seumpama ini tidak diingini oleh kebanyakan pihak dalam sebuah negara yang aman dan makmur ini. Seandainya perkara ini tidak dibendung dan rakyat termakan hasutan individu tersebut, ianya mampu mengugat kedudukan institusi diraja selaku ketua negeri dan akan berlaku rampasan kuasa yang mungkin mengakibatkan kekacauan yang akan melumpuhkan ekonomi negara yang sedang pesat pada ketika ini.

Dalam hal ini, pihak yang bertanggungjawab boleh mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah seperti ini supaya tidak berulang dan mencalar imej institusi diraja selaku ketua pemerintahan negara. Antara langkahnya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan yang paling berat sebagai amaran kepada orang lain yang mempunyai niat yang sama untuk menjatuhkan institusi diraja negara. Apabila terdapat contoh sudah semestinya mereka yang lain sedikit sebanyak akan merasa gentar untuk melakukan tindakan yang sama.

Selain itu, pihak diraja juga boleh menggunakan ruang IT yang ada pada masa kini bagi menyelesaikan ataupun lebih tepat lagi mengatasi masalah ini. Dunia yang semakin hari semakin maju mengizinkan kita untuk menggunakan kesempatan ini. Pihak terbabit boleh menyediakan satu laman khas untuk dibuka kepada sesiapa yang mempunyai hasrat yang terbuku dihati untuk diluahkan. Dengan adanya ruangan ini, pihak yang terlibat bolehlah mengemukan ketidak puasan hati dan sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Tetapi perbincangan yang dilaksanakan haruslah mengikut tetapan yang akan ditetapkan. Jika tidak, ianya akan menimbulkan masalah yang baru.

Isu seterusnya, maksud wanita pertama atau dalam bahasa inggeris First Lady adalah “The wife or hostess of the chief executive of a country, state, or city” di mana kalau dialih bahasa ke bahasa melayu bermaksud isteri kepada Ketua sesebuah negara seperti President, Raja ataupun Perdana Menteri. Ini bermaksud, mana – mana isteri kepada ketua sesebuah negara, secara automatik akan menjadi wanita pertama negara tersebut. Sebagai contoh wanita pertama negara Amerika Syarikat adalah Michelle Obama yang merupakan isteri kepada Presiden Barrack Obama.

Tetapi timbul kontroversi di Malaysia mengenai siapa yang layak memegang title First Lady of Malaysia. Adakah Isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor ataupun Isteri kepada Yang Di-Pertuan Agong iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah. Sejak title First Lady diwar – warkan kepada rakyat Malaysia, ramai yang kurang senang dengan apa yang didengar oleh telinga mereka kerana wanita yang memegang gelaran tersebut bukanlah wanita yang layak.

Kalau mengikut definisi First Lady di atas, gelaran tersebut sepatutnya dipegang oleh isteri kepada Ketua Negara. Jika di Amerika Syarikat, Presiden adalah ketua negara, tetapi di Malaysia, Yang-dipertuan Agong merupakan Ketua Negara selaras apa yang ditulis dalam Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Ketua Negara adalah Yang di-Pertuan Agong bukannya Perdana Menteri.

Jika ketua negara Malaysia adalah Yang Di-Pertuan Agong, ini bermakna, isteri kepada Yang Di-Pertuan Agong tersebut merupakan First lady negara Malaysia. Sebagai contoh, Kanada adalah sebuah negara yang hampir sama sistemnya dengan Malaysia di mana Ratu Britain merupakan ketua negara tersebut dan mempunyai Perdana Menteri. Dan disana juga, gelaran wanita pertama negara tersebut adalah kepunyaan Ratu, bukannya Isteri kepada Perdana Menteri Kanada.

Jadi, gelaran First Lady yang dipegang oleh Datin Seri Paduka Rosmah Mansor boleh dipertikaikan kerana suaminya bukan seorang ketua negara. Hanya isteri kepada ketua negara saja yang layak memegang title First Lady iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Nur Zahirah manakala Datin Paduka Seri Rosmah Mansor hanyalah berstatus isteri kepada perdana menteri semata – mata.

4.3 Laporan Isu Perlembagaan Persekutuan Perkara 152

Menerokai pula kepada Perkara 152 Perlembangaan Persekutuan. Isu yang paling menjadi tumpuan ramai pada alaf baru ini ialah mengenai penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik. Isu ini hangat diperkatakan tentang kewajaran tindakan yang dibuat oleh pihak pentadbiran ketika itu sehinggakan berlarutan beberapa tahun. PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun Satu untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan Satu serta Tingkatan Enam Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Hasrat perlaksanaan PPSMI ini adalah berasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Selain itu, PPSMI berobjektifkan kerana umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Walaupun hasrat pihak kerajaan ini amatlah betul, namun harus difikir mengenai implikasi yang menjelma terutama mengenai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam Perkara 152 menyatakan Bahasa Melayu merupakan Bahasa rasmi bagi negara ini. Dalam semua urusan rasmi perlu dijalankan dalam Bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek seolah-olah menidakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Hasil daripada isu ini, dapat dilihat beberapa implikasi yang timbul antaranya satu memorandum yang dikarang bersama oleh 11 pertubuhan pendidikan sekitar hujung tahun 2007, dinyatakan bahawa kajian-kajian telah dijalankan untuk membuktikan bahawa PPSMI membawa kesan negatif di peringkat sekolah rendah, termasuk amaran dari Kongres Pendidikan Melayu Kedua bahawa 500,000 orang pelajar Melayu akan keciciran dalam mata pelajaran terbabit kerana lemah menguasai bahasa Inggeris, formula-formula "2-4-3" dan "6-2-3-2" bagi SJK(C) bukan sahaja menjejaskan pembelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga bahasa Cina di kalangan murid-murid. Persatuan Pendidikan Tamil juga meluahkan kebimbangan murid-murid SJK(T) yang kebanyakannya berasal dari keluarga miskin turut akan menghadapi keciciran kerana ketidakmampuan menguasai bahasa Inggeris, sekaligus memburukkan keadaan sosio-ekonomi masyarakat India kerana anak-anak sukar disalurkan ilmu untuk menaikkan taraf hidup masyarakat mereka. Selain itu, pengguanaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara akan mengurangkan kekuatan bahasa Melayu dikalangan masyarakat. Masyarakat akan mula menghakis bahasa ibunda dengan mengantikannya dengan bahasa Inggeris kerana sering digunakan dalam kegunaan harian yang berpunca dari PPSMI

Dalam pada itu, terdapat golongan yang menentang dengan mengemukakan enam alasan, antara alasan yang dinyatakan ialah Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda, Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak mengabaikan bahasa ibunda. Selain itu alasan yang dikemukakan ialah beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri, sains dan teknologi dan kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".

Terdapat beberapa langkah yang baleh diambil bagi mengatasi isu ini. Bukanlah untuk menentang dasar kerajaan tetapi untuk memastikan Bahasa Melayu terus kukuh di tanah Malaysia ini. Antara cadangan yang boleh diberikan perhatian jika PPSMI akan diwujubkan kembali pada masa akan datang dengan membuat atau memberi pilihan kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran dalam PPSMI mahupun mengikuti program yang sedia ada. Ini kerana jika dilihat pada pencapaian dalam Bahasa Inggeris, sains dan matematik memiliki peningkatan jika dibandingkan dengan sebelum program PPSMI ini dijalankan. Tetapi bagi menjamin kedudukan bahasa Melayu, mewujudkan pilihan bagi pelajar adalah langkah terbaik. Ini kerana tidak semua pelajar mampu mengikuti PPSMI, dengan kata lain mewujudkan aliran baru dalam system pengajaran di sekolah. Melalui cara ini juga, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah tidak terpinggir.

Seterusnya, isu papan tanda di enam jalan di Pulau Pinang yang telah ditambah dalam tulisan Cina oleh parti Gerakan, adalah suatu isu yang sedang hangat diperkatakan. Rasional menambah tulisan Cina pada papan tanda tersebut adalah satu kesengajaan dan bukan satu keperluan sama ada untuk orang tempatan atau pelancong asing. Orang bukan Melayu di Pulau Pinang semuanya faham bahasa Melayu dan boleh membaca tulisan rumi bahasa Melayu. Jadi orang Cina atau India di Pulau Pinang adalah anak kelahiran negara ini yang tahu berbahasa Melayu. Jadi, ini bukanlah alasan mereka untuk menambahkan tulisan Cina pada papan tanda tersebut.

Isu ini boleh dianggap provokasi oleh parti Gerakan iaitu sebuah parti politik yang didominasi oleh kaum Cina. Jadi, tidak hairanlah jika setelah negeri itu beralih tangan kepada DAP, papan tanda tulisan Cina dinaikkan, kerana parti Gerakan sendiri yang memulakannya. Ternyata menaikkan papan tanda jalan tulisan Cina tidak ada alasan yang jelas kecuali provokasi untuk menguji sensitiviti orang Melayu. Gerakan sepatutnya lebih faham daripada DAP dalam isu bahasa Melayu di negara ini.

Apabila isu bahasa Melayu menjadi isu politik, orang-orang politik Melayu mesti bangkit mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu daripada terus dipersendakan seperti ini. Orang politik Melayu perlu lebih menonjol dan memperlihatkan kesungguhan bukan saja dalam konteks isu papan tanda jalan di Pulau Pinang malah isu yang melibatkan bahasa Melayu seluruhnya.

Desakan ini bukanlah menyalakan api perkauman, sebaliknya melaksanakan yang telah dipersetujui bersama dalam Perlembagaan. Isu bahasa Melayu tidak boleh dilihat terpisah dengan perjuangan politik Melayu. Di negara ini isu bahasa Melayu bukan saja tugas pejuang bahasa. Pejuang bahasa telah memperlihatkan pendirian yang sangat konsisten tentang kedudukan bahasa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan. Memperjuangkan bahasa Melayu daripada jurus politik sangat penting kerana apa yang berlaku di Pulau Pinang digerakkan oleh pejuang politik.

Walaupun Melayu menjadi majoriti penduduk Pulau Pinang, tetapi mereka tidak mendesak papan tanda jalan dalam tulisan Jawi. Di Kuala Lumpur ada papan tanda bertulisan Jawi. Ini menunjukkan orang Melayu Pulau Pinang sangat toleran kerana hanya menerima tulisan Rumi, sekalipun di negeri lain ada papan tanda tulisan Jawi. Parti Gerakan sepatutnya melihat perkara ini sebelum ghairah menjulang sesuatu yang berbau kecinaan. Jadi apakah maknanya toleransi orang Melayu apabila Gerakan melancarkan provokasi menaikkan papan tanda tulisan Cina? Apa kena mengena Tapak Warisan Dunia dengan tulisan Cina?

Maka yang jelas tindakan Gerakan ini bermotifkan. Desakan ini bukanlah menyalakan api perkauman, sebaliknya melaksanakan yang telah dipersetujui bersama dalam Perlembagaan. Apabila Melayu bersuara, dengan pantas pula dianggap sebagai isu perkauman sedangkan tindakan mereka ini lebih bersifat perkauman. Dalam isu papan tanda jalan di Pulau Pinang ini, Gerakan mesti lebih sedar diri , begitu juga orang politik Melayu jangan membiarkan kepala mereka dipijak.

4.4 Laporan Isu Perlembagaan Persekutuan Perkara 153

Pada tahun 2010 menyaksikan satu lagi percubaan pencabulan keatas Perlembagaan Persekutuan telah berlaku, kali ini dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan pula. Satu persidangan telah diadakan yang dinamakan sebagai Kongres Ekonomi Cina. Seperti program lain, tiada apa yang berbeza atau lebih menarik pada kongres anjuran MCA itu berbanding seminar atau kongres dianjurkan pihak lain. Pada Kongers tersebut telah mendesak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Datuk Seri Dr Rais Yatim kenyataan yang dikeluarkan Presiden MCA ketika itu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya ekiuti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Perkara 153 memberi hak yang teratas kepada orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak dan semua pihak-pihak yang dilindungi oleh semua undang-undang. Tuntutan ini sememangnya jelas menentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Perkara 153 bukan merupakan satu peruntukan yang mudah, malah ia juga tidak boleh dipinda oleh mana-mana pihak kecuali dengan persetujuan Majlis Raja-Raja dan juga sesuai dengan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Jika tuntutan itu dilaksanakan dalam bentuk tindakan maka secara jelas dan nyata kita selaku rakyat Malaysia telah mencabul Persekutuan Malaysia menerusi Perkara 153 dan juga kita juga telah mencabul kedudukan Raja-Raja Melayu khususnya Yang di-Pertuan Agong yang berhak menentukan kepentingan-kepentingan tersebut. Jika direnung kembali pada perkara ini adalah tidak wajar menuntut untuk meminda Perlembagaan Persekutuan sedangkan bumiputra sendiri tiada hak untuk meminda perlembagaan tersebut.

Bagi membendung perkara ini daripada berulang, pihak berwajib seharusnya memainkan peranan yang penting. Pihak berwajib perlu sentiasa memberi peringatan kepada rakyat agar tidak mencuba untuk mencabuli Perlembagaan Persekutuan Negara. Pihak berkuasa juga boleh mewujudkan satu undang-undang khas bagi melindungi Perlembagaan Persekutuan agar tidak dicuba untuk dicabuli oleh mana-mana pihak. Tindakan undang-undang boleh diambil pada pihak yang cuba untuk meminda perlembagaan atas kepentingan diri mahupun politik.

Jika dilihat, semakin hari semakin banyak pihak yang cuba menentang perlembagaan yang telah dipersetujui pada masa dulu. Namun pada hari ini, terdapat pula pihak yang tidak berpuas hati dengan perlembagaan itu. Perkara seperti ini tidak sepatutnya timbul. Harus diingat, perlembagaan inilah yang membantu negara sehingga mencapai tahap seperti hari ini. Seharusnya kita sama-sama memelihara perlembagaan negara ini agar dapat memacu kejayaan negara pada masa akan datang.

Seterusnya, pada pagi 25 November 2007, bersamaan dengan hari Ahad, sebuah pertubuhan NGO yang dikenali sebagai Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu atau lebih dikenali dengan nama Hindraf telah mengadakan sebuah perhimpunan haram yang dikenali sebagai Perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur.

Pemimpin-pemimpin Hindraf cuba mengadakan perhimpunan kira-kira 100,000 penganut Hindu di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Britain di Jalan Ampang, Kuala Lumpur dengan memohon permit perhimpunan dari balai polis berdekatan. Hindraf cuba mematuhi peraturan sedia ada dan bekerjasama dengan polis dengan cara memohon permit perhimpunan di Balai Polis Cheras dan Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur. Pemimpin Hindraf terdiri daripada peguam-peguam yang handal di Malaysia . Mereka berikrar perhimpunan ini akan berjalan dengan aman. Beberapa keping poster Mahatma Ghandhi turut dibawa ketika perhimpunan.

Polis PDRM memutuskan untuk tidak membenarkan perhimpunan ini diadakan berikutan bimbang kejadian rusuhan akan berlaku dan boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat majmuk di Malaysia. Dari pengalaman di Malaysia dan peringkat antarabangsa, jelas sekali perhimpunan 100,000 orang akan bertukar menjadi ganas. Jika tidak dibendung ada di antara mereka mungkin akan membawa senjata seperti bom buatan sendiri, molotov koktail, pisau dan lain-lain.

Tujuan Hindraf menganjurkan perhimpunan ini kerana hendak menyerahkan memorandum 18 perkara kepada Suruhanjaya Tinggi Britain dan seterusnya kepada Ratu Elizabeth II berhubung nasib malang bertimpa-timpa yang dialami oleh penganut Hindu di Malaysia semenjak zaman penjajahan British lagi. Saman itu difailkan oleh Hindraf di Britain pada 30 Ogos 2007 bagi menuntut 4 trilion paun (RM27.7 trilion) daripada kerajaan Britain sebagai pampasan kepada masyarakat India kerana membawa mereka masuk ke Malaysia sebagai buruh murah. Setelah Malaysia dimerdekakan , masyarakat India ditinggalkan begitu saja di Malaysia. Nasib dan masalah mereka diserahkan bulat-bulat kepada Malaysia yang baru merdeka.

Setelah mengetahui mereka tidak dibenarkan berhimpun di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, penunjuk perasaan berhimpun di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur. Bagi mengawal keadaan , 4000 anggota polis termasuk 640 FRU dan 500 polis trafik ditugaskan sekitar Jalan Ampang. 3 Jalan masuk ditutup seawal 3 pagi iaitu persimpangan Jalan Ampang - Jalan Tun Razak berhampiran Hospital Besar Kuala Lumpur. Sehingga 27 November 2007, seramai 136 penyokong perhimpunan ini telah ditahan dan 105 lagi dibawa untuk proses dokumentasi.

Lokasi utama penunjuk perasaan ialah di kuil Hindu di Batu Caves, kira-kira 5 km dari Kuala Lumpur. Bilangan mereka mencecah 1000 orang dan memaksa polis dikerah ke sana untuk mengawal keadaan. Pada malam itu, ada di antara mereka melontar batu dan batu-bata ke arah polis dan polis peronda. Pintu pagar kuil Batu Caves telah ditutup tetapi penunjuk perasaan yang lari dari ditangkap polis telah memecah masuk pintu pagar utama kuil itu jam 2 pagi. Mereka berada di sana kerana ada perayaan menyalakan lilin. Jawatankuasa kuil Batu Caves cuba menggesa mereka bersurai tetapi mereka masuk beramai-ramai. Setelah memasuki kuil, polis telah diserang dengan batu. oleh itu polis terpaksa melepaskan pancutan air dan gas pemedih mata di dalam dan luar.

Polis telah mengesahkan sebuah bas dibakar di Batu Caves oleh penunjuk perasaan yang bertindak balas terhadap polis. Tujuh buah kenderaan polis turut dirosakkan kerana terkena balingan batu. Mereka turut membaling molotov cocktail ke arah kenderaan polis. Sub Inspektor Chew Choon Peng menerima 11 jahitan setelah terkena batu yang dibaling oleh penunjuk perasaan. Lans Koperal Razali Redzuan pula menerima beberapa jahitan di muka.

Selain itu, penunjuk perasan turut tersekat dan berkumpul di stesen kereta api KL Sentral, KLCC , Hotel Nikko dan persimpangan Jalan Tun Razak - Jalan Ampang. Mereka telah berkumpul seawal 6.30 pagi iaitu waktu mereka sembahyang di kuil. Jalam 7.50 pagi polis melepaskan pancutan air agar mereka bersurai. Mereka terus berhimpun di Jalan Semarak dan Jalan Yap Kwan Seng. Hindraf menyatakan 80 orang ditahan di Jalan Tun H.S Lee. Pada jam 10.00 pagi polis sekali lagi melepaskan pancutan air dan gas pemedih mata kerana mereka enggan bersurai. Jam 10.45 pagi penunjuk perasan bergabung semula di persimpangan Jalan Tun Razak - Jalan Ampang.

Polis akhirnya bertolak-ansur dan bersedia berunding dengan pemimpin Hindraf. Tetapi pemimpin Hindraf dilarang hadir atas waran perintah mahkamah pada 24 November 2007. Sehingga jam 1.30 tengah hari, pemimpin-pemimpin Hindraf tidak muncul-muncul untuk menyerahkan memorandum mengandungi 100,000 tandatangan penganut Hindu di Malaysia. Perhimpunan bersurai pada jam tersebut setelah memorandum dihantar melalui faks ke Suruhanjaya Tinggi British. P. Uttayakumar sempat berucap di Jalan Ampang dekat Hotel Maya jam 10.00 pagi. Beliau disertai Tian Chua dan Ronnie Liu dan turut berucap. Haris Ibrahim dari Majlis Peguam turut berada di Jalan Ampang.

Ramai di antara mereka melilit kepala dengan kain berwarna oren dan membawa poster pemimpin Hindu India iaitu Mahatma Ghandhi. Kain rentang dengan pelbagai slogan turut dibawa. Bendera Jalur Gemilang turut dikibarkan. Laman web PoliceWatchMalaysia mendakwa seorang remaja India cedera di Jalan Ampang. Tetapi polis tidak menerima laporan itu. Perhimpunan ini terbukti bertukar menjadi ganas. Anggota polis PDRM yang bertugas, bas awam, bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, tong sampah dan pasu bunga pecah dan berselerak.

Pada 26 November 2007, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Hindraf bermotif politik, bukan untuk membela kaum India. Jika kaum India dipinggirkan selama 170 tahun semasa penjajahan British dan 50 tahun di bawah kerajaan Barisan Nasional, mustahil kaum India menyokong BN. Setiap kali pilihan raya pemimpin India melalui MIC diletakkan di kawasan yang strategik dan mereka menang mudah. Pemimpin MIC yang bertanding diundi oleh semua kaum tidak kira Melayu, Cina atau India. Contoh terbaru ialah di Ijok, Selangor. Parti MIC yang dipimpin presidennya Dato Sri S.Samy Vellu telah berkongsi kuasa dalam kerajaan Barisan Nasional. MIC tidak gagal menyuarakan dan menyelesaikan masalah masyarakat India. UMNO bermurah hati menyerahkan beberapa kerusi Parlimen dan DUN kepada MIC.

Di Mahkamah Sesyen Klang pula, Anwar Ibrahim ternyata tidak senang dengan perhimpunan Hindraf ini. Beliau mahu Hindraf berhati-hati dan bersikap sederhana dalam beberapa isu terutama sekali Perkara 153 yang membabitkan Hak Istimewa Orang Melayu. Nasharudin Mat Isa selaku Timbalan Presiden PAS menyelar tindakan liar dan keterlaluan penyokong Hindraf. Seelok-eloknyanya tidak ada sebarang provokasi dengan memukul dan menyembur gas pemedih mata. Penunjuk perasaan akan membaling semula tong gas pemedih mata ke arah polis dan boleh mendatangkan kecederaan yang sama.